.

Saturday, August 24, 2013

Berilmu Mesra Progresif

Assalamualaikum,
Bismillah, syukur kepada Allah atas nikmat yang diberi_Nya.di hari2 yang mendatang ini, kita kena jaga tatatertib kita naa.

nak petik kata2 dari orang yang berilmu dari saya, InsyaAllah. saudara Muhammad Lutfi , lebih dikenali juga dengan gelaran mat lutfi. katanya .jangan jadikan apa yang cantik itu keterampilan. jadilah orang yang dianggap cantik kerana peribadimu yang mulia.biarpun usianya masih muda , tetapi sangat cerdik pemikirannya.hasil karya saudara mat lutfi dan kawan kawannya 'sebelah sayap' sangat menarik.Alhamdulillah kerana Allah saya dapat tengok cerita itu.

Hormat menghormati itu penting.kalau kita terserempak dengan orang yang lebih tua,horamat itu boleh dituturkan dengan beri salam kepada mereka.senyum dan tunduk .walhal kita sesama saudara islam itu haruslah menjaga tali silatulrahin antara kita.senyum itu adalah sedekah.

Pertuturan kita haruslah dijaga, kita dilarang sama sekali untuk mengucap kata2 kesat.saya pun banyak puat khilaf.tapi 'andai dapat saya undurkan masa' ,tidak sama sekali. diluar kemampuan saya sebagai hamba_Nya .jangan cakap yang akan menyakitkan hati orang lain, mahupun didepan orang itu atau dibelakangnya.lebih baik kita berikan nasihat secara terus.tapi kena ikut caranya supaya bersesuaian dengan pendengar nasihat.saya sebagai seorang wanita mungkin amat biasa dengan situasi diatas, dulu saya pernah buat khilaf tapi saya cepat2 fikir kembali dan tanya pendapat orang lain 'adakah tindakan saya betul' 'adakah dia akan terasa hati dengan saya?' .dan langkah yang seterusnya, jangan meletakkan ego mengawalmu..memohon maaf itu lebih baik.
saya pernah alami situasi dimana, kata maaf saya tak diterima.Doakan mereka agar terbuka hati.menerima kamu kembali.

cemburu? Haa,bukan nak cakap pasal cinta tau.ini mengenai cemburu dengan nikmat hamba Allah yang lain.kalau cemburu dia berilmu tinggi, solat dijaga,hafiz mahupun  hafizah tidak apa saudara saudariku.tapi janganlah kita buat yang tak baik dengan dia.tau, saya pernah dengar seorang yang berilmu berkata 'jangan jadi selfish pentingkan diri.bilamana tengok kebaikan orang lain, dia mahukan lebih drpada org itu dan malah ingin menjatuhkan kawannya yang tadi itu.bukankah kita hanyasseorang Hamba_Nya .bila kita sudah mempunyai keturunan 'manalah tahu anak awk tu kahwin dengan anak dia'kecilnya dunia, dimana2 kita akan jumpa balik orang yang sama.cemburulah dengan perasaan rendah diri.
pujilah mereka, 'MasyaAllah ,saya sangat bangga dengan pencapaian kamu '
doakan lah untuk mereka 'InsyaAllah , saudara akan dimurahkan rezeki oleh_Nya'
ketahuilah kamu adalah sebaik baik ciptaan_Nya.cemburulah kepada kebaikan.
Ya Allah , jadika kami hamba_Mu yang rendah diri, jauhkan kami daripada sifat riak.Amin

Assalamualaikum, InsyaAllah menjadikan kita lebih baik daripada  semlam.dan bertemu lagi di post akan datang InsyaAllah.jadilah org yang cantik kerana peribadi yang mulia. Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment