.

Monday, August 26, 2013

PEN UNTUK DIKONGSI BERSAMA

Assalamualaikum, dapat kita bersama lagi di post yang sikit2 ini.

Allah telah memberikan yang terbaik untuk kita.inilah takdir yang terbaik untuk kita.kita banyak berkata ' kalaulah dapat aku undur masa, mesti aku .....' tapi ketahuilah sesuatu yang berlaku ada hikmah_Nya.Usaha dan  Doa lebih penting. apa pun masalah ianya pasti ada jalan keluar.dan sebaik baik jalan keluar adalah datang dari Allah SWT.

semua orang ada masalah, jangan cepat untuk mengalah biarlah buat tindakan walaupun hanya selemah doa .pasti akan memujuk hati kita.Dikaca tv, isu di Syria,Mesir, Palestin kita semua dengarkannya.mungkin kita tak tahu sepenuhnya apa yang berlaku.tapi sekurang kurangnya kita tahu kanak kanak yang mengerit kesakitan itu adik saya, perempuan yang dirogol itu kakak saya,pejuang bangsa itu abang saya.

itu salah saya, salah kita yang hanya kaku dan hanya berbicara dibelakang sana.pada masa inilah zaman akhir zaman akan wujudnya zaman khilafah .dan selepas itu berakhirlah dunia.saat kita dihisab , terimalah kita buku amalan dikiri atau dikanan tanganmu. ketahuilah kamu dimana tempatmu ketika itu.tapi kita didunia banyak yang kita lupa, nikmat_Nya, kenapa bongkaknya kita.
Kebenaran pasti menang atas takdir_Mu Ya Allah.pasti.Ya Allah laknatlah rejim2 yang menentang islam.Dunia ini pasti akan musnah, tiada yang dapat kita bawa ke akhirat kecuali amal kita.

Yakin Allah !  لا إله إلا الله


Saturday, August 24, 2013

Berilmu Mesra Progresif

Assalamualaikum,
Bismillah, syukur kepada Allah atas nikmat yang diberi_Nya.di hari2 yang mendatang ini, kita kena jaga tatatertib kita naa.

nak petik kata2 dari orang yang berilmu dari saya, InsyaAllah. saudara Muhammad Lutfi , lebih dikenali juga dengan gelaran mat lutfi. katanya .jangan jadikan apa yang cantik itu keterampilan. jadilah orang yang dianggap cantik kerana peribadimu yang mulia.biarpun usianya masih muda , tetapi sangat cerdik pemikirannya.hasil karya saudara mat lutfi dan kawan kawannya 'sebelah sayap' sangat menarik.Alhamdulillah kerana Allah saya dapat tengok cerita itu.

Hormat menghormati itu penting.kalau kita terserempak dengan orang yang lebih tua,horamat itu boleh dituturkan dengan beri salam kepada mereka.senyum dan tunduk .walhal kita sesama saudara islam itu haruslah menjaga tali silatulrahin antara kita.senyum itu adalah sedekah.

Pertuturan kita haruslah dijaga, kita dilarang sama sekali untuk mengucap kata2 kesat.saya pun banyak puat khilaf.tapi 'andai dapat saya undurkan masa' ,tidak sama sekali. diluar kemampuan saya sebagai hamba_Nya .jangan cakap yang akan menyakitkan hati orang lain, mahupun didepan orang itu atau dibelakangnya.lebih baik kita berikan nasihat secara terus.tapi kena ikut caranya supaya bersesuaian dengan pendengar nasihat.saya sebagai seorang wanita mungkin amat biasa dengan situasi diatas, dulu saya pernah buat khilaf tapi saya cepat2 fikir kembali dan tanya pendapat orang lain 'adakah tindakan saya betul' 'adakah dia akan terasa hati dengan saya?' .dan langkah yang seterusnya, jangan meletakkan ego mengawalmu..memohon maaf itu lebih baik.
saya pernah alami situasi dimana, kata maaf saya tak diterima.Doakan mereka agar terbuka hati.menerima kamu kembali.

cemburu? Haa,bukan nak cakap pasal cinta tau.ini mengenai cemburu dengan nikmat hamba Allah yang lain.kalau cemburu dia berilmu tinggi, solat dijaga,hafiz mahupun  hafizah tidak apa saudara saudariku.tapi janganlah kita buat yang tak baik dengan dia.tau, saya pernah dengar seorang yang berilmu berkata 'jangan jadi selfish pentingkan diri.bilamana tengok kebaikan orang lain, dia mahukan lebih drpada org itu dan malah ingin menjatuhkan kawannya yang tadi itu.bukankah kita hanyasseorang Hamba_Nya .bila kita sudah mempunyai keturunan 'manalah tahu anak awk tu kahwin dengan anak dia'kecilnya dunia, dimana2 kita akan jumpa balik orang yang sama.cemburulah dengan perasaan rendah diri.
pujilah mereka, 'MasyaAllah ,saya sangat bangga dengan pencapaian kamu '
doakan lah untuk mereka 'InsyaAllah , saudara akan dimurahkan rezeki oleh_Nya'
ketahuilah kamu adalah sebaik baik ciptaan_Nya.cemburulah kepada kebaikan.
Ya Allah , jadika kami hamba_Mu yang rendah diri, jauhkan kami daripada sifat riak.Amin

Assalamualaikum, InsyaAllah menjadikan kita lebih baik daripada  semlam.dan bertemu lagi di post akan datang InsyaAllah.jadilah org yang cantik kerana peribadi yang mulia. Assalamualaikum

Thursday, August 22, 2013

ombak rindu

Assalamualaikum !! selamat bercuti selama seminggu je lagi.buat yang bekerja , chayok !
post yang lepas saya mengkongsikan barisan gambar2 yang boleh mengakitbatkan diri kita berasa rendah sgt ilmu yang kita ada.

post yang ini pula, saya tujukan buat semua la..tapi especially kepada kucing2 yang ada kat rumah yang selalu kena buli dengan saya.hehe, kalau sehari tak 'buat jahat' dengan kucing tak sah .kesian kucing2 tu, tapi cheq main2 jaa.depa pun dah tau sapa cheq,selalu cakar2.nanti2 kita sambung cakap pasal kucing naa.

Kan saya ni dalam generasi muda, orang muda ni kan lain skit.banyak hal mereka dan saya akan mengikut kehendak dan nafsu semata2.generasi muda senang di pengaruhi, senang bersosial.jadi banyak yang generasi muda ni tempuh.orang dulu2 cakap, time muda2 la boleh cuba aktiviti2 baru.sebab kudrat masih ada.straight to the point,saya selalu tengok dekat laman sosial.depa dok cakap takutlah kepada Allah.saya ni sebagai orang yang tengah mengaji tentang agama. saya beli buku  tajuknya 'siapa Dia dihatimu'.saya tak khatam lagi, penulis menceritakan mengenai kasih sayang Allah terhadap kita.Saya rasa bila kita mengunakan pendekatan kasih sayang itu lebih berhasil sebab Allah adalah Tuan yang maha baik.

Saya ni suka sangat berfikir macam2, jadi saya banyangkan situasi saya dengan kucing saya.
saya jaga kucing saya,jadi saya ni tuan mereka.saya bagi makan, poop mereka saya buang,saya TUAN yang baik tau ,tapi tak pasti lah selama ni saya baik ke tidak .bukan baik ke tidak saya nak cite tapi bila dah saya bagi mereka makan , minum. mestilah saya nak yang terbaik buat kucing saya.mestilah saya nak tengok mereka sayang saya comel2.macam itu juga yang berlaku kepada diri saya.Saya ada tuan , Allah.Dia bagi makan kat saya, minum malah pakaian, tempat tinggal, laptop ni. semua la.mesti Dia nak saya sayang Dia balik .jadi sebab itulah kita diwajibkan taat kepada_Nya .jom la kita jaga solat kita.saya pun dalam proses jaga solat saya.sebab kalau kita tak sentiasa jaga.kita jadi lupa.nanti time tu la syaitan bisik kat telinga , 'jangan solat' .bila terdetik hati taknak solat. marah balik syaitan tu, ckp sibuk lah kau SYAITAN !

Post ni sikit2 je.tapi sama2 la kita jaga solat kita.
ada surah yang saya terbaca dekat internet, yang dapat menjadikan kita orang yang taat menunaikan solat.
saya ingat maksudnya .
bismillah :- 'Ya Allah jadikan aku dan keturunanku adalah orang yang tetap menunaikan solat '
doa ini digalakkan buat ibu2 yang tersayang diluar sana.disebabkan doa seorang ibu kepada anaknya amat berkesan.tapi saya yang belum berkahwin ni pun nak jugak.terima kasih buat yang berkongsi dan memberi ilmu.
semua yang baik datang dari_Nya, yang terkurang itu datang dari diri saya sendiri. Assalamualaikum

Saturday, August 3, 2013

Biar Gambar Berbicara , Biar Kata Dicerna Minda

Assalamualaikum, selamat pagi kepada pembaca yang telah singgah di blog yang terkadang sepi ini.hari ni ada kelapangan rasanya untuk menaip.kepada yang suka sangat membaca, saya harap jangan kecewa dengan post saya ini kerana yang saya nak tunjukkan disini gambar gambar yang telah didonlod oleh saya untuk muhasabah diri saya sndiri. harap gambar ini semua dpt berbicara dengan hati anda , InsyaAllah .
   









































































sekian itu sahaja dari saya hari ini.harapnya kita bertemu dilain post dan selamat maju jaya sahabat .diri ini bukannya untuk riak tapi berusaha menjadi baik InsyaAllah .
Assalamulaikum