.

Wednesday, April 13, 2016

Assalammualaikum,
Okay tak sampai 3 tahun lagi sebenarnya ... Hahha , saje update. 

Something nak share, bila meningkat dewasa banyak benda kita kena pikir. Jangan anggap semua beban tapi anggap tanggungjawab.. Salah satunya soal cinta . okay ni lawak sebab nak bukak cerita pasal cinta... Hahahaha . okay serious, cinta kan islam tak larang tapi bilamana cinta tu menghala ke maksiat jadilah cinta terlarang. Jadi jaga diri dari maksiat then InsyaAllah awak dilaluan yang betul. Biarlah orang nak kata awak ni sombong, jual mahal, and apa2 la. Stick to Allah lebih berbaloi. Nanti tibalah insan yang awak akan lalui hidup bersama bila Allah rasa itulah masa terbaik untuk awak berpasangan. Jangan putus asa and cakap Allah tak bagi pasangan..just need kesabaran awak sikit. Jangan rushing nanti kita yang tak seronok. Bila dh jumpa , doa, istikarah, buatlah research sikit pasal si dia, kot awak ni ada kriteria yang awak tak nak. Pernah dengar ramai gak cakap , bila kita kenal sebelum kahwin ni...just surface je ..macam dia berlakon depan kita. Tahap tunang, kita akan kenal diri dia sebenar  sedikit ..nanti dh sah hubungan baru kita kenal sepenuhnya. Jadi tanya dekat kawan2, family calon, orang terdekat dengan calon tu, depa lebih tahu and kenal pasangan awak tu. Bila dah tahu, nilailah jika sesuai dengan awak ..teruskanlah..jika tidak jangan ..jangan paksa diri awak untuk suka. Ada yang buruk perangainya, tegurlah walaupun dengan doa. Jangan bukak aib.  Zaman sekarang ramai dah kahwin muda, baguslah mendirikan masjid itu benda yang baik yang disukai. 

Semoga jodoh kita2 yang terbaik yang telah Allah tentukan. Jangan risau sangat la bab pasangan ni. Kadang2 saje syaitan nak cucuk sikit.buat khayal..kalau terpikir...doa je mintak jodoh yang baik. Tak payah teruskan dengan berangan tak habis...hehehhe.(pernah buat) janji pada diri kita supaya at first kita yang kena jadi baik..jadi Allah akan carikan yang terbaik untuk kita ..
Okay penat dh jari. Sambung buat assingment. Jangan lupa doa. Jumpa lagi post akan datang. 2 tahun dari sekarang. Kayy kidding. Assalammualaikum  

Tuesday, January 5, 2016

Assalamualaikum, jauh dah perjalanan baru nk balik untuk update blog yang dah berhabuk..
tiba2 je teringin nak update. biarpun tak de sapa tgk ...hehehe..
mcm diary je lerr..

Sebab last update pun 2013...skrg dh masuk awal 2016... 
3 tahun berlalu dengan sunyi sepi~~ topik apa ye nk bukak ni. cakap pasal attitude boleh? 
bukan apa sebab attitude ni macam interesting topic sangat and semua orang ada attitude kan? 
firstly, attitude sama je la macam sifat, perangai, watak seseorang individu tu. kalau hampa semua dah besar hampa tau la lebih banyak orang yang hampa jumpa, pelik2 jugak attitude dorang. like happened to me, lepas matrik masuk pulak universiti sorang2 tak kenal sesiapa mulalah judge attitude orang. find out setiap orang ada attitude yang berbeza. 
what we need understanding each other and respect. tak de la benda yang salah pun nak kena respect, kalau kita tahu dia punya attitude mcm salah so tak salah rasanya awak tu tegur. 
tegurla baik2 biarpun hanya dengan mesej atau hanya dengan doa. 
asalkan kita berharap dia berubah. 

attitude kita akan di judge dengan norms yang biasanya jadi peraturan hidup setiap kaum atau agama. kalau agama atau budaya awak melarang untuk ada attitude tu..buat apa nak jadikan habit?
 better kita consider balik apa2 kemungkinan yang berlaku..ni nak keluar subjek Pengurusan Etika, konsep utilatarian( pilih yang terbaik yang dapat memberi manfaat kepada orang lebih ramai)
 haaa, kan dah keluar semuanya..nampak sangat pahamkan roughly je benda tu. okay, jadi tak bolehlah bagi alasan kalau orang tegur perangai awak tu.
 fikir balik muhasabah diri tengok betul ke tidak apa yang ditegur tu, kena pada batang hidung ke tidak..kalau dah sedar, so let change ourselves. senang je, x perlu kos yang tinggi cuma perlukan akal yang dapat mengawal dari kita ulang balik habit tu. 
kena beringat selalu supaya kita tak lupa. 

okay done , post pertama 2016 , hehehe..selepas 3 tahun tak update ...
haaa panjang lebar cerita.. kayy jumpa entry berapa tahun lepas ni..hahaha okay gurau ..bai 

Monday, August 26, 2013

PEN UNTUK DIKONGSI BERSAMA

Assalamualaikum, dapat kita bersama lagi di post yang sikit2 ini.

Allah telah memberikan yang terbaik untuk kita.inilah takdir yang terbaik untuk kita.kita banyak berkata ' kalaulah dapat aku undur masa, mesti aku .....' tapi ketahuilah sesuatu yang berlaku ada hikmah_Nya.Usaha dan  Doa lebih penting. apa pun masalah ianya pasti ada jalan keluar.dan sebaik baik jalan keluar adalah datang dari Allah SWT.

semua orang ada masalah, jangan cepat untuk mengalah biarlah buat tindakan walaupun hanya selemah doa .pasti akan memujuk hati kita.Dikaca tv, isu di Syria,Mesir, Palestin kita semua dengarkannya.mungkin kita tak tahu sepenuhnya apa yang berlaku.tapi sekurang kurangnya kita tahu kanak kanak yang mengerit kesakitan itu adik saya, perempuan yang dirogol itu kakak saya,pejuang bangsa itu abang saya.

itu salah saya, salah kita yang hanya kaku dan hanya berbicara dibelakang sana.pada masa inilah zaman akhir zaman akan wujudnya zaman khilafah .dan selepas itu berakhirlah dunia.saat kita dihisab , terimalah kita buku amalan dikiri atau dikanan tanganmu. ketahuilah kamu dimana tempatmu ketika itu.tapi kita didunia banyak yang kita lupa, nikmat_Nya, kenapa bongkaknya kita.
Kebenaran pasti menang atas takdir_Mu Ya Allah.pasti.Ya Allah laknatlah rejim2 yang menentang islam.Dunia ini pasti akan musnah, tiada yang dapat kita bawa ke akhirat kecuali amal kita.

Yakin Allah !  لا إله إلا الله


Saturday, August 24, 2013

Berilmu Mesra Progresif

Assalamualaikum,
Bismillah, syukur kepada Allah atas nikmat yang diberi_Nya.di hari2 yang mendatang ini, kita kena jaga tatatertib kita naa.

nak petik kata2 dari orang yang berilmu dari saya, InsyaAllah. saudara Muhammad Lutfi , lebih dikenali juga dengan gelaran mat lutfi. katanya .jangan jadikan apa yang cantik itu keterampilan. jadilah orang yang dianggap cantik kerana peribadimu yang mulia.biarpun usianya masih muda , tetapi sangat cerdik pemikirannya.hasil karya saudara mat lutfi dan kawan kawannya 'sebelah sayap' sangat menarik.Alhamdulillah kerana Allah saya dapat tengok cerita itu.

Hormat menghormati itu penting.kalau kita terserempak dengan orang yang lebih tua,horamat itu boleh dituturkan dengan beri salam kepada mereka.senyum dan tunduk .walhal kita sesama saudara islam itu haruslah menjaga tali silatulrahin antara kita.senyum itu adalah sedekah.

Pertuturan kita haruslah dijaga, kita dilarang sama sekali untuk mengucap kata2 kesat.saya pun banyak puat khilaf.tapi 'andai dapat saya undurkan masa' ,tidak sama sekali. diluar kemampuan saya sebagai hamba_Nya .jangan cakap yang akan menyakitkan hati orang lain, mahupun didepan orang itu atau dibelakangnya.lebih baik kita berikan nasihat secara terus.tapi kena ikut caranya supaya bersesuaian dengan pendengar nasihat.saya sebagai seorang wanita mungkin amat biasa dengan situasi diatas, dulu saya pernah buat khilaf tapi saya cepat2 fikir kembali dan tanya pendapat orang lain 'adakah tindakan saya betul' 'adakah dia akan terasa hati dengan saya?' .dan langkah yang seterusnya, jangan meletakkan ego mengawalmu..memohon maaf itu lebih baik.
saya pernah alami situasi dimana, kata maaf saya tak diterima.Doakan mereka agar terbuka hati.menerima kamu kembali.

cemburu? Haa,bukan nak cakap pasal cinta tau.ini mengenai cemburu dengan nikmat hamba Allah yang lain.kalau cemburu dia berilmu tinggi, solat dijaga,hafiz mahupun  hafizah tidak apa saudara saudariku.tapi janganlah kita buat yang tak baik dengan dia.tau, saya pernah dengar seorang yang berilmu berkata 'jangan jadi selfish pentingkan diri.bilamana tengok kebaikan orang lain, dia mahukan lebih drpada org itu dan malah ingin menjatuhkan kawannya yang tadi itu.bukankah kita hanyasseorang Hamba_Nya .bila kita sudah mempunyai keturunan 'manalah tahu anak awk tu kahwin dengan anak dia'kecilnya dunia, dimana2 kita akan jumpa balik orang yang sama.cemburulah dengan perasaan rendah diri.
pujilah mereka, 'MasyaAllah ,saya sangat bangga dengan pencapaian kamu '
doakan lah untuk mereka 'InsyaAllah , saudara akan dimurahkan rezeki oleh_Nya'
ketahuilah kamu adalah sebaik baik ciptaan_Nya.cemburulah kepada kebaikan.
Ya Allah , jadika kami hamba_Mu yang rendah diri, jauhkan kami daripada sifat riak.Amin

Assalamualaikum, InsyaAllah menjadikan kita lebih baik daripada  semlam.dan bertemu lagi di post akan datang InsyaAllah.jadilah org yang cantik kerana peribadi yang mulia. Assalamualaikum

Thursday, August 22, 2013

ombak rindu

Assalamualaikum !! selamat bercuti selama seminggu je lagi.buat yang bekerja , chayok !
post yang lepas saya mengkongsikan barisan gambar2 yang boleh mengakitbatkan diri kita berasa rendah sgt ilmu yang kita ada.

post yang ini pula, saya tujukan buat semua la..tapi especially kepada kucing2 yang ada kat rumah yang selalu kena buli dengan saya.hehe, kalau sehari tak 'buat jahat' dengan kucing tak sah .kesian kucing2 tu, tapi cheq main2 jaa.depa pun dah tau sapa cheq,selalu cakar2.nanti2 kita sambung cakap pasal kucing naa.

Kan saya ni dalam generasi muda, orang muda ni kan lain skit.banyak hal mereka dan saya akan mengikut kehendak dan nafsu semata2.generasi muda senang di pengaruhi, senang bersosial.jadi banyak yang generasi muda ni tempuh.orang dulu2 cakap, time muda2 la boleh cuba aktiviti2 baru.sebab kudrat masih ada.straight to the point,saya selalu tengok dekat laman sosial.depa dok cakap takutlah kepada Allah.saya ni sebagai orang yang tengah mengaji tentang agama. saya beli buku  tajuknya 'siapa Dia dihatimu'.saya tak khatam lagi, penulis menceritakan mengenai kasih sayang Allah terhadap kita.Saya rasa bila kita mengunakan pendekatan kasih sayang itu lebih berhasil sebab Allah adalah Tuan yang maha baik.

Saya ni suka sangat berfikir macam2, jadi saya banyangkan situasi saya dengan kucing saya.
saya jaga kucing saya,jadi saya ni tuan mereka.saya bagi makan, poop mereka saya buang,saya TUAN yang baik tau ,tapi tak pasti lah selama ni saya baik ke tidak .bukan baik ke tidak saya nak cite tapi bila dah saya bagi mereka makan , minum. mestilah saya nak yang terbaik buat kucing saya.mestilah saya nak tengok mereka sayang saya comel2.macam itu juga yang berlaku kepada diri saya.Saya ada tuan , Allah.Dia bagi makan kat saya, minum malah pakaian, tempat tinggal, laptop ni. semua la.mesti Dia nak saya sayang Dia balik .jadi sebab itulah kita diwajibkan taat kepada_Nya .jom la kita jaga solat kita.saya pun dalam proses jaga solat saya.sebab kalau kita tak sentiasa jaga.kita jadi lupa.nanti time tu la syaitan bisik kat telinga , 'jangan solat' .bila terdetik hati taknak solat. marah balik syaitan tu, ckp sibuk lah kau SYAITAN !

Post ni sikit2 je.tapi sama2 la kita jaga solat kita.
ada surah yang saya terbaca dekat internet, yang dapat menjadikan kita orang yang taat menunaikan solat.
saya ingat maksudnya .
bismillah :- 'Ya Allah jadikan aku dan keturunanku adalah orang yang tetap menunaikan solat '
doa ini digalakkan buat ibu2 yang tersayang diluar sana.disebabkan doa seorang ibu kepada anaknya amat berkesan.tapi saya yang belum berkahwin ni pun nak jugak.terima kasih buat yang berkongsi dan memberi ilmu.
semua yang baik datang dari_Nya, yang terkurang itu datang dari diri saya sendiri. Assalamualaikum

Saturday, August 3, 2013

Biar Gambar Berbicara , Biar Kata Dicerna Minda

Assalamualaikum, selamat pagi kepada pembaca yang telah singgah di blog yang terkadang sepi ini.hari ni ada kelapangan rasanya untuk menaip.kepada yang suka sangat membaca, saya harap jangan kecewa dengan post saya ini kerana yang saya nak tunjukkan disini gambar gambar yang telah didonlod oleh saya untuk muhasabah diri saya sndiri. harap gambar ini semua dpt berbicara dengan hati anda , InsyaAllah .
   









































































sekian itu sahaja dari saya hari ini.harapnya kita bertemu dilain post dan selamat maju jaya sahabat .diri ini bukannya untuk riak tapi berusaha menjadi baik InsyaAllah .
Assalamulaikum